Monday 6 October 2014

Sumpah Tak Tipu!Love is Crazy

Bab 1

Tit..tit..tit..tit.. BAM! bunyi hentakan yang menyebabkan jam itu kekal tidak berbunyi.Mungkin untuk selamanya.
"Ish menda alah ni,kacau betullah.Tit..tit..tit..Kan dah putus nyawa,nasib kau lah jam.Huh,pokai aku kalau asyik kena beli jam baru je."Lia melihat jam yang hampir pecah sepenuhnya itu.

+ Lia..Lia..ni dah masuk kali ke-10 jam kau rosak,siapa buat?
- Kau la buat sendiri 'pandai'
+ Duh,mulut jaga sikit ok
- Eh,aku puji kau kan

Lia sempat bermonolog sendirian antara dua sifatnya..Kalau boleh dilihat seperti dalam kartun anime tu.Mesti ada dua Lia sekarang ni.Sorang tengah pegang tongkat macam malaikat dan ada ring atas kepala.Seorang lagi pulak ada tanduk..

"Warrghh..mati..mati aku..Dah pukul 6.40 pagi.Dah lambat nak pergi sekolah ni.."
Lia berlari ke bilik air dan mandi ala kerbau takut air serta mengerjakan solat subuh yang tinggal belalai gajah..

    Lia sampai di sekolah tepat ketika loceng berbunyi kring-kring
menandakan waktu sekolah sudah bermula..
'Fuh,nasib baik rumah dekat.Sempat jugak aku sampai sekolah'
Lia bermonolog di dalam hati sambil mengesat peluh yang menitis akibat pecutan lariannya yang seperti Ussain Bolt..

"Fufufu..sabar dulu cik adik Lia yang manis..Abang kena ambik nama Lia ni."
Ean gelak jahat sambil menyekat Lia dan bersuara seperti somebody yang nak makan kaki..

"Ala abang handsome,kasi chan la kat Lia hari ni,bukannya selalu lambat pun."
Lia membuat muka kasihan yang boleh menggoda simpati sesiapa yang melihatnya..

"Ouwh,boleh-boleh..Tapi kena kiss abang dulu." Ean berkata lalu menyukan pipinya ke arah Lia..

"Hahaha,pandai abang buat lawak..Ada ciri-ciri nak jadi macam Jozan je..Buhbye,orang masuk kelas dulu." Lia berlari ke kelasnya sambil melambai ke arah Ean persis seorang ratu cantik yang melambai ke arah peminat-peminatn..

"Weiyh Ean..Tu makwe kau ke?Mesra semacam je aku tengok kau dengan dia.."
Ean bertanya dengan reaksi yang muka yang kalah seekor beruk yang terkejut selepas memerhati sandiwara yang berlaku beberapa saat yang lepas..
"Duh,kau dah kenapa terkejut sampai macam tu sekali..Kau cakap macam aku ni kaki perempuan pulak..Aku tak main la makwe-makwe ni..Ikhtilat jaga la beb..
Tu adik aku yang the cutest in the world la..Amilia nama dia,dia still solo kalau kau berkenan di hati" Ean senyum senget sambil mengangkat kening double jerk.

"Ceh,sempat lagi kau kenenkan adik kau ngan aku?mana boleh,jaga ikhtilat la beb.."
Ean mengajuk kembali percakapan Ean sambil menumbuk bahu kawannya itu..

"Oi,sakitla..Betul tu.Dah jom masuk kelas." Mereka berlalu ke kelas selepas selesai tugas mereka sebagai pengawas untuk hari ini.